13 march 2012 ~

Okay, lama dah tak update blog ni kan? Eh, lama ke? Entah lah. Lol. Okay, hari ni aku penat sangat sangat sangat dan sangat. Kenapa? Sebab aku baru balik dari kampung. Sakit pinggang ni duduk je dalam kereta. Ni pun baru sampai rumah. Aku balik kampung hari sabtu hari tu. Aku tanya mak, balik cheras bila. Mak kata, mak nak duduk seminggu dekat sana. Yela kan, dia mana boleh duduk sekejap je dekat kampung dia tu. Dia kata maybe jumaat or sabtu baru kitaorang balik cheras. Asal dia tak cakap tahun 2024 baru balik cheras je kan? Haha. Ok, tiba-2 malam tadi membe Abah call, and dia cakap Abah kena masuk kerja hari ni.

Omg omg, cuba bayangkan muka Mak macam mana time Abah cakap kena balik hari ni. Haahaha. Petak je dia dengan Abah malam semalam. Hahaha. Err, best tak dekat kampung? Best sangat. Bila petang je, mula lah berjalan sana sini. Aku ni pantang diajak. Hewhew. Lepas tu, termenung mengenangkan duit habis beli itu ini. Hahahaha. And tak boleh lupa macam mana aku, Aiman, Baby, Daniel and Eya nak curi kunci motor bila nak pergi topap. Haha, kenapa kena mencuri? Motor atok aku tu dah tujuh belas ribu dua ratus kali jahanam disebabkan kitaorang. Mau tak nya dia simpan kunci motor bawah bantal dia? Hahha.

Bila dah kantoi curi kunci motor, semua buat muka tak bersalah. Haha. Sorry atok sorry. Macam-2 lah jadi dekat kampung, kitaorang ada celebrate birthday Aulia and Najwa. Pakngah buat BBQ, and kitaorang apa lagi kan, melantak je lah kerja. Sumpah berat badan aku dah naik. Makin lama aku duduk kampung, makin gemok lah aku. Haha. Okay, memang sedih gila bila Abah ajak balik cheras hari ni. Tak dapat nak masuk air dah dengan diaorang semua. Err, takpa. If ada rezeki, insyaallah kitaorang gerak sana lagi. :-)

Thanks For Reading